Khamis, 14 Ogos 2008

Catatan tengah malam

Sejak akhir-akhir ini akhbar di UK sibuk memaparkan tentang perpindahan Berbatov ke MU tetapi setakat ini belum ada pengumuman rasmi tentang Berbatov di laman web MU.Pencarian striker baru untuk MU sangat penting memandangkan pilihan sedia ada sangat terhad dan pemain muda pula kurang pengalaman bermain di pentas tertinggi.Bagi penulis Berbatov memiliki ciri-ciri striker yang sesuai di EPL.Fizikalnya yang mantap,skil yang tinggi,kebolehan menjaringkan gol dari sudut yang sukar dan bijak menghidu peluang di depan pintu gol.Ia mengingatkan penulis tentang kehebatan Nistelrooy ketika di MU dahulu.Penulis juga berpendapat Sir Alex perlu menambah seorang lagi striker baru disamping Berbatov iaitu Klass Van Hunteelar dari Ajax.Beliau sangat mantap, mirip Nistelrooy,masih muda dan bertenaga.Jika ia menjadi realiti, tiada siapa yang mampu menyekat MU musim ini.Jauh sekali Chelsea dan Arsenal yang masih terkial-kial mencari rentak dan sering bertukar pengurus. MU bertuah kerana memiliki Sir Alex yang sangat bijak dalam pengurusan MU, cumanya beliau perlu mencari asisstant manager dengan segera. Calon yang layak dirasakan waktu ini adalah ......akan diulas sedikit masa lagi..salam hormat dari Hj Shubki..

Tiada ulasan: