Rabu, 13 Ogos 2008

Perlawanan rasmi EPL 2008/2009

Perlawanan pertama manutd adalah pada 17.8.08 antara Manchester United menentang Newcastle United di Old Trafford Stadium.Saya menjangkakan perlawanan tersebut menarik memandangkan manutd akan menurunkan striker baru mereka yang masih lagi misteri.Saya mungkin terlepas peluang menonton perlawanan tersebut memandangkan saya akan menghadiri majlis pertunangan adik ipar saya, Mohd Zulhelmey dengan pilihan hatinya Badriah Kamaruzaman di Kuala Terengganu.Walaubagaimanapun saya akan cuba memecut pulang selepas acara tersebut secepat mungkin.Isteri saya mungkin tidak setuju jika saya pulang awal kerana ini akan menyebabkan beliau kempunan untuk jalan-jalan cari makan,tapi saya tiada pilihan...saya akan menjadi tidak ketahuan hala jika tidak dapat menonton manutd secara live..penyakit ini telah saya hidapi sejak 1999..Namun saya berharap rakan-rakan manutd saya terutama syahid adam dan nazmi IPTAR akan membuat posting live malam tersebut.Saya menjangkakan Manutd akan menang 3-0...insyaallah.salam hormat dari Hj Shubki...

Tiada ulasan: