Selasa, 19 Ogos 2008

Manutd lambat panas dikala Chelsea mengganas..

Saya baru pulang dari Keytee dan tidak sempat update blog selama 2 hari..dlm kesibukan saya menghadiri majlis pertunangan adik ipar saya,sempat juga saya menonton match pertama manutd di kedai mamak di Gong Badak keytee.Keputusannya cukup mengecewakan saya sebagai seorang fanatik manutd.Manutd menguasai perlawanan dan mempunyai beberapa peluang menarik tetapi penyudahan yang tumpul menyebabkan united hanya sekadar meraih satu mata sedangkan Chelsea pula sudah melaungkan amaran betapa mereka akan cuba membaham united dengan lahapnya.Saya yakin Fergie sudah menyedari kelemahan serangan ini tetapi beliau masih lagi berusaha untuk membawa masuk striker baru.Lantas saya cuba menjengok beberapa akhbar di UK.Rata-rata laporan di sana menyatakan perpindahan Berbatov memasuki fasa yang mendebarkan lantaran united berkeras tidak mahu menaikkan yuran perpindahan.Walaupun united dianggap kelab terkaya tetapi pemiliknya masih berhutang untuk membeli kelab tersebut suatu ketika dahulu.Laporan juga menyebut Fergie sudah pun beralih kepada Hunteelar dari Ajax namun perkembangan setakat ini masih belum menunjukkan tanda-tanda positif.Walaupun begitu Fergie tetap positif menjelang pertemuan dengan Pompey minggu hadapan.Yang pasti Tevez akan kembali berpasangan dengan Rooney yang masih lagi belum menemui ketajaman penyudahnya.Anda tentu tertanya-tanya di mana Tevez ketika pertemuan pertama united.Khabarnya Tevez pulang ke tanahairnya menziarahi pakciknya yang meninggal dunia di sana.Sesuatu yang positif dari perlawanan tersebut adalah penonjolan Fletcher yang memukau peminatnya serta kemunculan Da Silva telah memberi impak yang positif walaupun beraksi dalam tempoh yang singkat.Saya fikir Da Silva mampu menyerlah jika dimasukkan lebih awal.Possebon masih lagi kurang pengalaman dengan aksi liga EPL.Apapun saya harap united mampu bangkit dalam perlawanan seterusnya dan harapan kita striker baru dapat dibeli sebelum penghujung Ogos ini...

Tiada ulasan: